OHI banner
Article
Facebook Twitter Email Google

Cadangan tiga cara singkirkan PM bukan pendapat saya - Musa Hitam

by T K Letchumy Tamboo
Kenyataan berhubung tiga cara menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah cadangan daripada Tun Musa Hitam.

Sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan kenyataan yang terkandung dalam bukunya yang bertajuk 'Frankly Speaking', sebenarnya adalah saranan yang dikemukakan daripada pihak lain.

Ketika menafikan laporan ditulis sebuah portal berita, Tun Musa berkata, tindakan beliau menulis perkara berkenaan di dalam bukunya tidak bermakna beliau menyokong saranan itu.

BACA: "Sistem dua parti baik untuk negara" - Musa Hitam

BACA: "Pilihan raya umum mungkin diadakan dalam masa terdekat" - Musa Hitam

"Apa yang saya lakukan adalah saya menyenaraikan tiga cadangan bagaimana untuk menyingkirkan Najib. Banyak pihak yang berbeza telah beri cadangan.

"Ada yang berkata UMNO perlu terlibat. Satu lagi mengatakan kuasa-kuasa asing dan media perlu terlibat dalam beri tekanan kepadanya.

"Ada yang berkata pilihan raya. Saya hanya menyenaraikan cadangan itu. Dengan kesan secara pandangan saya. Ia tidak bermaksud bahawa saya telah menyenaraikan tiga cadangan saya," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.


Walau bagaimanapun, Musa berkata beliau tidak kesal mengenai cara portal tersebut melaporkan berita itu kerana beliau percaya kepada kebebasan media.

"Apabila saya bercakap, saya meninggalkan segala-galanya ke atas intepretasi mereka. Dalam banyak kes terdapat intepretasi yang tidak baik. Jadi?

"Saya tidak meraung sebab itu. Juga saya tidak sebegini toleransi, saya benar-benar boleh menjadi orang yang berbahaya jika menjadi pemimpin. Tidak apa. Saya rasa orang ramai boleh mengintepretasinya.

"Dalam kes ini , persoalannya adalah pemahaman bahasa inggeris yang kurang baik. Pergi dan baca apa yang ditulis sekali lagi. Kemudian anda akan lihat, saya hanya menyenaraikan cadangan," katanya.

Dalam buku terbarunya 'Frankly Speaking', Musa dilaporkan berkata terdapat tiga cara untuk menyingkirkan Perdana Menteri termasuk menerusi UMNO, melalui campur tangan asing atau melalui pilihan raya umum akan datang.
previous article
Previous article
OHI beri persada baharu kepada media Malaysia - Nurul Izzah
Next article
JDT to set up women's football team
next article