OHI banner
Article
Facebook Twitter Email Google

Harith Iskander menghadap Sultan Johor

Pelawak, pelakon dan pengacara Obviously Harith Iskander (OHI), Harith Iskander, yang muncul juara pada kemuncak pertandingan Funniest Person In The World, 8 Disember lalu menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap anak jati Johor itu yang ditemani isteri, Dr Jezamine Lim, di Istana Pasir Pelangi, tengah hari tadi.

Dalam posting terbaharu di laman Facebook rasmi milik baginda, Harith kelihatan membawa trofi kemenangan beliau.

Turut sama berangkat ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Harith dinobat sebagai individu paling lucu di dunia selepas mengenepikan pesaingnya dari Israel, Filipina, Greece dan India di pentas akhir Funniest Person In The World, yang berlangsung di Finland 8 Disember lalu.
previous article
Previous article
'Obviously Harith Iskander' bukti produksi tempatan bertaraf antarabangsa
Next article
Rangkuman hari ini: 5 berita utama
next article