OHI banner
Article
Facebook Twitter Email Google

Jauhkan pendidikan, agama dan perniagaan dari politik - TMJ

by Dania Zainuddin
Tiga perkara yang perlu dijauhkan dari politik adalah pendidikan, agama dan perniagaan.

Itu merupakan nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada anakandanya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengelak dari rasuah.

"Jika politik dicampurkan dalam tiga bidang ini (pendidikan, agama dan perniagaan), ia hanya mewujudkan rasuah," kata Tunku Ismail dalam kemunculan ekslusif dalam program bual bicara, Obviously Harith Iskander (OHI), pada Sabtu di Astro AWANI.

Tunku Ismail berkata demikian sebagai mengulas isu penggunaan medium bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains dalam sistem pendidikan negara.

"Apa sahaja keputusan yang diambil perlu memastikan demi kebaikan negara, bukan keputusan untuk memperoleh undian," kata Tunku Ismail.


Tiga perkara yang perlu dijauhkan dari politik

Jelas Tunku Ismail, tiada masalah untuk pelajari bahasa Inggeris, ia bahasa antarabangsa yang membolehkan seseorang berkomunikasi dengan orang ramai dari seluruh dunia.

"Saya memahami kita perlu mengutamakan budaya dan akar umbi kita. Tetapi kita tidak boleh menafikan yang kita juga perlu mengetahui bagaimana untuk menjadi rakyat Malaysia sejati.

"Menjadi rakyat Malaysia bermaksud campuran pelbagai budaya dan bangsa.

"Pelbagai perkara kita boleh lakukan untuk negara ini, dan antaranya adalah untuk bersatu," kata Tunku Ismail.

Katanya lagi, pendidikan juga adalah antara perkara yang paling penting dalam pembangunan negara.
previous article
Previous article
Bertudung atau tidak, itu hak individu - TMJ
Next article
Pendidikan adalah kunci kemajuan bola sepak negara - TMJ
next article