OHI banner
Article
Facebook Twitter Email Google

JDT akan tubuhkan pasukan bola sepak wanita

by Azyyati Ahmad
Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menubuhkan pasukan bola sepak wanita bagi kelab tersebut yang akan dinaungi Puteri Sultan Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.

Berita itu diumumkan oleh pemilik kelab tersebut, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam usaha mendekati dan menyatukan anak-anak muda di Johor.

Katanya, selain pasukan bola sepak wanita, kelab itu juga akan menubuhkan pasukan futsalnya sendiri.

"Kita ada merancang dengan pasukan dan Penolong Pengarah untuk menubuhkan pasukan bola sepak wanita dan pasukan futsal kerana JDT belum lagi ada pasukan futsal.

“Ini kerana kita mahu mendekatkan diri dengan golongan muda dan juga merupakan satu program dalam menyatupadukan bangsa Johor. Bagi saya, kesatupaduan adalah kekuatan sesebuah negara, tak kira bangsa dan agama,” katanya.


Tambah TMJ, bukan sahaja bola sepak, beliau juga dalam perancangan menubuhkan pasukan ragbi dan pasukan tinju JDT, manakala isterinya YM Che Puan Khaleeda Bustamam bakal menerajui pasukan bola tampar dan bola jaring.

Beliau berkata demikian dalam episod kedua temubual eksklusif rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander di Astro AWANI pada Sabtu.


previous article
Previous article
Masih ada harapan dalam negara ini - TMJ
Next article
Pertemuan dengan PM penting demi negara - TMJ
next article