OHI banner
Article
Facebook Twitter Email Google

Masih ada harapan dalam negara ini - TMJ

by Azyyati Ahmad
Walau berdepan dengan pelbagai tohmahan dan cabaran yang melanda negara, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat jelata agar tidak berputus asa.

Beliau mahu rakyat agar terus berjuang, malah menurutnya segala yang berlaku bukan satu pengakhiran buat negara ini.

“Beritahu anak-anak anda agar belajar rajin-rajin, bekerja dengan rajin. Masih ada harapan buat Malaysia untuk menjadi negara yang hebat. Ini bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan.

“Pada akhirnya nanti anda akan faham, kekuatan negara ini bukan datang daripada kami, tetapi daripada anda rakyat Malaysia. Rakyat adalah kekuatan negara,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam bahagian kedua episod 11 wawancara eksklusif rancangan bual bicara "Obviously Harith Iskandar" di Astro AWANI pada Sabtu.

previous article
Previous article
"There is still hope in this country", TMJ tells the people
Next article
JDT akan tubuhkan pasukan bola sepak wanita
next article