OHI banner
Article
Facebook Twitter Email Google

Obviously Harith Iskander: AirAsia teruskan agenda sokong komuniti berbakat

by Dania Zainuddin
AirAsia Berhad meneruskan agenda untuk menyokong dan membantu komuniti berbakat di negara ini dengan menjadi antara penaja utama dalam rancangan bual bicara terbitan Astro AWANI, 'Obviously Harith Iskander'.

Ketua Komersial syarikat itu, Spencer Lee berkata rancangan itu dilihat sebagai platform terbaik untuk membincangkan isu semasa dengan menggunakan pendekatan yang mudah.

Menurut Spencer, AirAsia berbangga terbabit dalam rancangan ini.

"Kami sentiasa mencari golongan berbakat dan ia adalah matlamat utama kami untuk menyokong mereka.

"Kami yakin rancangan yang dihos Harith Iskander adalah platform terbaik untuk kami membuat pemasaran," kata Spencer dalam satu temubual bersama Astro AWANI selepas pelancaran program bual bicara itu di Bangsar pada Khamis.


Selain itu, Spencer juga tidak menolak idea bagi AirAsia untuk mengeluarkan program kandungan sendiri pada masa hadapan.

Menurut Spencer, AirAsia bukan hanya syarikat penerbangan, tetapi juga syarikat yang sentiasa mencari peluang bagi inovasi dan menambah baik cara penerbangan.

Ia termasuk produk seperti 'value pack' yang memberi kemudahan kepada penumpang dalam pelbagai urusan seperti bagasi dan makanan pada kos yang efisien.

Selain itu, Spencer turut berkongsi mengenai produk 'ASEAN Pass' yang membenarkan penumpang untuk ke pelbagai desetinasi dengan lebih mudah pada kos yang efisyem menggunakan sistem kredit.
previous article
Previous article
Obviously Harith Iskander: INTI tekankan kemahiran supaya kekal relevan
Next article
Harith Iskander to host first late night talk show on Astro AWANI
next article