OHI banner
Article
Facebook Twitter Email Google

Obviously Harith Iskander: INTI tekankan kemahiran supaya kekal relevan

by Dania Zainuddin
Kolej dan Universiti Antarabangsa (INTI), menekankan kepentingan memiliki kemahiran yang membolehkan individu menangani cabaran dan perubahan pada masa depan serta kekal relevan.

Timbalan Presiden Pemasaran INTI, Timothy Johnson berkata kerjasama dan penajaan ke atas rancangan bual bicara terbitan Astro AWANI, 'Obviously Harith Iskander' dilihat bertepatan dengan matlamat institusi pendidikan tinggi itu.

Timothy berkata, perubahan dalam kehidupan masyarakat akan memberi kesan dalam semua aspek khususnya dalam dunia pekerjaan.

Tambahnya lagi, setiap individu perlu memastikan skop pekerjaan sentiasa relevan dan INTI menyediakan program 'MBA Learning Simplified' bagi tujuan itu.


"Kami melihat idea bagi program bual bicara itu dilakukan di Malaysia yang membincangkan topik yang relevan.

"Ini selari dengan program baharu kami 'MBA Learning Simplified' oleh INTI yang menekankan tahap relevan pelajar dalam bidang pekerjaan.

"Maka program ini membincangkan subjek penting dan menjadikan ia relevan, serta bagaimana peranan individu itu relevan, dan gabungan kedua-dua itu menjadikan kerjasama ini adalah terbaik," kata Timothy dalam satu temubual bersama Astro AWANI selepas pelancaran program 'Obviously Harith Iskander' di Bangsar pada Khamis.

Timothy juga berpendapat rancangan bual bicara lewat malam ini adalah idea yang sangat baik kerana ia mampu mebincangkan gabungan topik penting dan relevan menggunakan platform yang mudah kepada orang awam.
previous article
Previous article
Video viral: TMJ bersama Harith Iskander
Next article
Obviously Harith Iskander: AirAsia teruskan agenda sokong komuniti berbakat
next article