OHI banner
Article
Facebook Twitter Email Google

OHI beri persada baharu kepada media Malaysia - Nurul Izzah

by T K Letchumy Tamboo
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyifatkan rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander (OHI) memberi satu persada baharu dalam media Malaysia.

Nurul Izzah berkata beliau teruja kerana Malaysia sendiri mempunyai rancangan bual bicara mirip rancangan bual bicara luar negara.

"Saya sudah lama meminati Harith Iskander jadi saya amat teruja dan berbangga dengan kewujudan rancangan Obviously Harith Iskander.

"Sebelum ini kita mendengar mengenai talkshow yang wujud di Amerika Syarikat atau barat.

"Jadi pada saya bila Malaysia sendiri memaparkan comedian terbaik bukan sahaja di Malaysia tetapi di Asia, maka saya berharap ia menjadi satu penulasan di mana bakat, komedi dan idea yang terbaik tercerna melalui Obviously Harith Iskander," katanya yang bakal muncul sebagai tetamu program itu pada malam ini.

Sementara itu, Nurul Izzah turut menyuarakan harapan supaya bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan kesihatan yang baik.

Beliau juga berharap bapanya sentiasa istiqamah dengan perjuangan.

Harapan itu disuarakan sempena sambutan hari lahir bapanya beberapa hari lepas.
previous article
Previous article
OHI: Saya ambil masa 15 tahun tulis buku 'Frankly Speaking' - Musa Hitam
Next article
Cadangan tiga cara singkirkan PM bukan pendapat saya - Musa Hitam
next article