OHI banner
Article
Facebook Twitter Email Google

Pendidikan adalah kunci kemajuan bola sepak negara - TMJ

by Mariah Ahmad
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menekankan pendidikan sebagai kunci kemajuan bola sepak negara.

Beliau berkata pendidikan menjadikan seseorang itu menjadi manusia yang lebih baik dan memupuk semangat profesionalisme.

"Saya berharap industri bola sepak Malaysia membangun pada masa hadapan kerana kita ada pemain yang sangat berbakat.

"Namun yang paling penting ialah pendidikan. Contohnya, kita tidak mempunyai ramai orang yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam negara ini. Itu apa yang kita kurang ketika ini," tambah beliau dalam rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander di Astro AWANI pada Sabtu, pendidikan menjadikan seseorang itu menjadi manusia yang lebih baik dan memupuk semangat profesionalisme. .

Jelas beliau, setiap pemain dalam pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) bukan sahaja perlu bermain bola sepak namun mereka juga perlu menjadi yang terbaik dalam bidang akademik.


"Kami mempunyai seramai 600 sehingga 700 pemain daripada umur 8 tahun sehingga pemain senior. Saya harap saya boleh nampak impaknya pada masa akan datang.

"Jika mereka menjadi pemain bola sepak atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting kami memberikan mereka pendidikan yang diperlukan untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan, yang mana sekurang-kurangnya dapat berbakti semula kepada negara," tambah Tunku Ismail.
previous article
Previous article
Jauhkan pendidikan, agama dan perniagaan dari politik - TMJ
Next article
TMJ mahu terus suarakan pandangan, sanggup dipenjara jika ia satu jenayah
next article