OHI banner
Article
Facebook Twitter Email Google

Untuk berjaya, ahli politik tidak boleh main Pokemon GO - Nurul Izzah

by Azyyati Ahmad
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar punya alasan terbaik kenapa beliau memilih untuk tidak bermain permainan maya yang sedang menjadi fenomena kini, Pokemon GO.

Katanya, ahli-ahli politik yang mahu menjadi Perdana Menteri atau Ketua Negara tidak boleh bermain Pokemon GO.

Nasihat tersebut katanya diambil daripada petikan kata mantan presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie baru-baru ini.

“Saya tidak bermain Pokemon GO, ini kerana saya mengikut kata-kata BJ Habibie yang menyebut ‘Kalau mahu menjadi Presiden, jangan main Pokemon. Tetapi baca buku.

"Kata-kata itu bagai peringatan kepada semua bahawa ahli politik ini kebiasaannya sibuk. Biarkan saja ia jadi permainan anak muda,” jelas Nurul Izzah ketika ditanya pengacara Harith Iskander dalam episod ke 12 program bual bicara Obviously Harith Iskander pada Sabtu malam.


Dalam pada itu, Nurul Izzah turut menyentuh mengenai kehidupannya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai.

“Sebagai wakil rakyat, saya dianggap sebagai pengantara kepada masalah-masalah rakyat dan tidak dinafikan kadangkala terasa macam ‘postman’ kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” jelasnya.

Lebih menarik, dalam program tersebut Nurul Izzah turut berkongsi cara beliau mengekalkan kesihatan agar terus bertenaga dengan jadual padat sebagai wakil rakyat.

“Saya sedar dengan beberapa demonstrasi yang telah saya sertai, kesihatan yang baik adalah sangat penting. Jadi saya mengamalkan yoga. Yoga yang Islamik,” katanya.

Dalam program tersebut, anak pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sanggup datang ke Penjara Sungai Buloh untuk sama-sama menyambut ulangtahun bapanya ke 69 tahun.

Ikuti wawancara penuh program bual bicara Obviously Harith Iskander.


 
previous article
Previous article
Saya penat tanggung beban sejarah jadi 'kambing hitam' peristiwa Memali - Musa Hitam
Next article
OHI: Saya ambil masa 15 tahun tulis buku 'Frankly Speaking' - Musa Hitam
next article