OHI banner
Article
Facebook Twitter Email Google

Video viral: TMJ bersama Harith Iskander

HOS terbaharu Astro AWANI, Harith Iskander, pada Rabu mengejutkan peminat Obviously Harith Iskander di media sosial apabila tampil dalam rakaman video santai bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau yang juga pelawak terkenal kelihatan selamba berceloteh dalam kenderaan yang dipandu sendiri oleh Tunku Ismail di tempat pemanduan sebelah kiri.

Tunku Ismail juga sesekali dilihat memandang Harith dan tersenyum mendengar celoteh pelawak itu yang teruja dibawa bersiar-siar di negeri Johor.

MESTI BACA: Apa itu OHI?

Rakaman video itu turut menampilkan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, yang berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaan tersebut.

Setakat pagi Khamis, video tersebut ditonton lebih 78 ribu kali di Facebook, dan memperoleh lebih 3,600 retweet.


previous article
Previous article
Nazir Tun Razak tetamu undangan OHI malam ini
Next article
Obviously Harith Iskander: INTI tekankan kemahiran supaya kekal relevan
next article